Tuesday 3 January 2012

iklan kreatif

kreatif jugak ni..salah satu karya seni paling suka.....lukisan 3d jalanan

kreativiti




Setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif (Lowenfeld, 1975)
Ø
Guilford (1964) menerangkan bahawa intelektual/minda mempunyai 5 bentuk
operasi


i. Kognitif/cognition – menerima & memproses maklumat
ii. Memori/memory – menyimpan/mengigat maklumat
iii. Pemikiran korvergen – keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara
khusus
iv. Pemikiran divergen – kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai/bercapah –
selari dengan pemikiran kreatif
v. Penilaian – pertimbangn bagi sesuatu tindakan

Pengertian Kreatif

1. Bahasa Latin – “creare” bermaksud “membuat”
2. Bahasa Greek – “creare” bermaksud “memenuhi”
3. Kamus Dewan – kemampuan/kebolehan mencipta/menghasilkan &
mengembangkan sesuatu idea baru/asli

Bagaimanakah lima cara untuk melihat kreativiti seseorang?

1. Boleh menghasilkan/idea yang baru & unik/asli
2. Boleh memberikan alternatif di dalam menyelesaikan masalah
3. Boleh memikirkan kemungkinan-kemungkinan daripada sesuatu tindakan
4. Boleh menyesuaikan diri/sanggup menghadapi cabaran dengan positif
5. Bersikap anih/kelakar/gila-gila
6. Berfikir di luar kotak

Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual mengenai Kreativiti

E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti)

Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”
Ø

June King McFee

Mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika.
Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.


TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

Perkembangan Kreativiti Fisher (1943)

5 Tahap dalam Pemikiran Kreatif;

1. Peringkat Rangsangan – beri soalan kritikal/boleh mendorong perasaan ingin
tahu
2. Peringkat Penerokaan – pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang
telah diberikan / pelajar kreatif akan cuba pelbagai
cara, gaya, teknik.
3. Peringkat Perancangan – melalui perancangan secara verbal & visual
4. Peringkat aktiviti – lakukan tindakan berdasarkan persoalan ‘ bagaimana
harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut
5. Kajian Semula – membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakkan
yang telah dijalankan - untuk tujuan penambahbaikan


Laura H. Chapman mencadangkan 3 kaedah menghasilkan karya seni;

1. Kaedah Penjanaan Idea/Inception of Idea – tetapkan objektif/haluan/tujuan
penghasilan karya
2. Pengolahan dan Pemurnian/Elaboration and Refinement – buat/baiki/buat
sehingga menperolehi hasil yang terbaik
3. Kemahiran menggunakan bahan/Execution in a Medium – cuba pelbagai
bahan untuk melihat kesesuaian/kesan

Calvin W. Taylor (1915-2000) 5 peringkat kreativiti;

1. Kreativiti Bersifat Ekspresif – berlaku secara rawak/bebas – peringkat awal
kanak-kanak
2. Kreativiti Melalui Penghasilan – keupayaan murid menghasilkan karya/rekaan
perlu bimbingan guru untuk mengenal pasti
kaedah/teknik yang betul/sesuai
3. Kreativiti Bersifat Inventif – keupayaan mencipta objek melalui eksprimentasi –
guru perlu beri motivasi/galakaan supaya pelajar
tidak bosan/putus asa
4. Kreativiti Bersifat Inovatif – modifikasi benda sedia ada kepada idea baru yang
lebih bermakna
5. Kreativiti Bersifat Emergen – bentuk kreativiti tertinggi – keseluruhan prinsip
formal diterjemahkan dan muncul di dalam
bentuk abstrak dan mudah


Ciri - Ciri Individu Kreatif

• Berfikiran bebas
• Logik
• Bersifat fleksibel
• Bersifat
• Gagasan idea yang asli dan tulen
• Sensitiif dan peka

Strategi Merangsang Kreativiti
Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance

Beliau mencadangkan 7 cara meransang/penjanaan kreativiti seseorang
individu;
1. Penyoalan – merangsang daya berfikir/ingin tahu
2. Penemuan – menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui
penyelidikan dan kajian
3. Pemerhatian – menggunakan pelbagai deria bagi mengetahui sesuatu
4. Percubaan – menggalakkan bereksperimentasi sehingga mendapat hasil yang
terbaik
5. Penerokaan – eksplorasi/persekitaran
6. Memanipulasi – bagaimana pelbagai bahan/barangan/alat yang terdapat di
sekeliling boleh dijadikan karya seni
7. Aktiviti Bermain – bermain untuk tujuan pembelajaran

karya kreatif..guna straw je kott...

ade bran...hehehheh

ni lagi kreatif...arca dari mentega...

kreatif drawing

Sunday 9 October 2011

definisi kreativiti


Kreativiti
Kreativiti merupakan anugerah tuhan kepada semua tetapi kita abaikannya. Kreativiti adalah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan seperti hiasan, persolekan, jamuan perniagaan dan lain-lain. Kita boleh belajar berfikiran kreatif melalui pemerhatian dan boleh menerangkannya. Kita berfikir luar dari kotak pemikiran yang biasa. Adakah cara kita bertanya untuk boleh menjadikan seseorang itu berfikiran kreatif? Cara kita bertanya boleh menukarkan cara kita berfikir (mindset). Ia mengajar kita bagaimana sesuatu input (sama ada rangsangan deria atau maklumat) dapat diterangkan dan terbentuk dalam imageri dan minda seseorang untuk menerima maklumat.
3
Beberapa tokoh dalam disipilin sains pemikiran antara lain menjelaskan bahawa kreativiti amat rapat dengan aktiviti dan gaya hidup manusia. Antara definisi yang diberikan adalah:
“... diri dalam keadaan bergerak balas ketika ia dirangsang dengan cara dinamik.”
(Hopkins, 1937 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“... sebagai gaya hidup”
(Fomm, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“proses yang dilalui oleh seseorang dalam pengalaman seharian yang membwa perbaikan – pertumbuhan diri.”
(Andrews, 1961 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“... satu proses yang seseorang itu menjadi peka terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebgainya; mengenal pasti perkara-perkara sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu; menguji dan menguji semula hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubah suai dan mengujinya semula; dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.”
(Boon dan Ragbir, 1998)
“...melihat apa yang orang lain sudah nampak dan memikirkan apa yang belum difikirkan oleh orang lain.”
(Torrance, 1974)
“Creativity is the connecting and rearranging of knowledge-in the minds of people who will allow themselves to think flexibly-to generate new, often surprisingly ideas that others judge to be useful.”
(Plesk, 1997 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“kreativiti adalah proses yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan ia mencipta sesuatu baginya.”
(Mead, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“....timbul dari karya baru , akibat daripada interaksi-interaksi individu dengan alam sekitarnya.”
(Rogers, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“....pengertian perubahan, perkembanagan dan lain-lain, yang ada kaitannya dengan kreativiti manusia. Sebab manusia mencipta bukan dari tiada tetapi dari sesuatu yang sudah wujud kemudian diubah kepada bentuk yang lebih baik.”
(Hassan, 1991 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
4
“... creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities”
(Rickards, 1990)